Papan Kenyataan

Selamat Datang Ke Blogspot Pkl Branch Libraries

.

Rabu, 31 Julai 2013

Info Tentang Badak Air


Badak air dewasa mampu menghabiskan kira-kira 68 kilogram rumput hanya dalam tempoh semalaman.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Selasa, 30 Julai 2013

Info Tentang Jerung


Jerung tidak boleh membuka mulutnya terlalu lama kerana ia boleh mati lemas.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Isnin, 29 Julai 2013

Info Tentang Cap Jari


Hanya pada tahun 1823 barulah manusia menyedari bahawa cap jari setiap manusia adalah berbeza antara satu sama lain.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Ahad, 28 Julai 2013

Info Dinosaur


Hanya pada tahun 1676 barulah barulah manusia mengetahui bahawa dinosaur pernah wujud dan mendominasi dunia ini pada jutaan tahun lalu. Pada tahun itulah fosil dinosaur pertama direkodkan dijumpai di England.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Sabtu, 27 Julai 2013

Kod Bar Yang Pertama Digunakan.


Benda pertama yang memiliki kod bar adalah gula-gula getah Wrigleys.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Jumaat, 26 Julai 2013

Asal-Usul Nama Kanggaroo


Perkataan Kanggaroo dipercayai berasal daripada perkataan Kanguru yang bermaksud Tak Tahu oleh masyarakat orang asli Australia. Mengikut ceritanya ,beberapa pengembara Barat melihat seekor haiwan terlompat-lompat dan bertanya kepada orang asli akan nama binatang terbabit. Orang asli itu menjawab Kanguru ( Tak Tahu ).

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Khamis, 25 Julai 2013

Info Tentang Orang Hutan


Orang hutan paling banyak dijumpai di Malaysia iaitu di Sabah. Haiwan itu hanya wujud di dua tempat di dunia iaitu Kepulauan Borneo Serta Sumatera, Indonesia dan tiada di tempat lain.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Rabu, 24 Julai 2013

Info Tentang Sotong Kurita


Ujian mendapati sotong kurita adalah antara haiwan laut yang amat bijak dan mampu berfikir untuk menyelamatkan diri. Haiwan itu juga mampu mengenal pasti bentuk, warna dan pengalaman lalu selain mampu melepaskan diri daripada dikurung di dalam mana-mana tangki.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Selasa, 23 Julai 2013

Info Tentang Ayam Jantan


Ayam jantan dipercayai tidak dapat berkokok jika tidak memanjangkan lehernya.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Isnin, 22 Julai 2013

Info Tentang Tikus


Tikus tidak boleh muntah , disebabkan itulah racun tikus amat berkesan untuk membunuh haiwan itu.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Ahad, 21 Julai 2013

Info Tentang Piramid


Piramid Besar Khufu iaitu satu daripada benda ajaib dunia mengambil masa selama kira-kira 20 tahun untuk disiapkan . Ia siap dibina pada tahun 2600 SM.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Sabtu, 20 Julai 2013

Info Menara Eiffel


Anda perlu menaiki 1,792 anak tangga untuk sampai ke puncak Menara Eiffel

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Jumaat, 19 Julai 2013

Senarai Nama-Nama Pemenang


Kategori Dewasa


Kategori Remaja


Kategori Kanak-Kanak

Peraduan Membuat Poster Menggunakan Komputer

Kategori Dewasa :

1. Puan Lim Choi Fong

Kategori Remaja :

1. Ong Hock Ooi

Kategori Kanak-Kanak :

1. Adik Qurnia

Hadiah Saguhati :

1. Ong Hock Eng
2. Ariff Dzakirin Bin Ameer Raees
3. Adam Dzakirin Bin Ameer Raees
4. Wani 
5. Nur 
6.Chan Yue Yan

Sila Rujuk Di Kaunter Perpustakaan Kanak-Kanak Taman Tun Dr Ismail Untuk Tuntutan Hadiah

Terima Kasih.

Khamis, 18 Julai 2013

Nombor Hotline Itis DBKL


Nombor-nombor Hotline yang penting untuk pengguna jalanraya :

ITIS DBKL: 03-8947 4002
TIC (Lampu Isyarat) : 03-2691 5128
Terowong SMART: 1300 88 7188
Aduan DBKL: 1800 88 3255

Laman Web ITIS DBKL : www.itis.com.my
Facebook ITIS DBKL : http://www.facebook.com/ITISDBKL
Twitter ITIS DBKL : https://twitter.com/ITISDBKL

Rabu, 17 Julai 2013

Pencipta Lagu “Happy Birthday To You” ?


Semua orang tahu lagu “Happy Birthday To You”, anak-anak kecil pun tahu nyanyikan lagu ini. Setiap hari dan tidak mustahil disaat ada sahaja yang akan menyanyikan lagu ini diseluruh dunia.

Namun tahukah kita siapa pencipta dan sejarah mengenai lagu ini.

Lagu asal “Happy Birthday to You” dikatakan telah dicipta oleh dua orang adik-beradik, Mildred J. Hill, seorang guru di Kentucky Experimental Kindergarten, di Louisville dan Dr. Patty Smith Hill, pengetua di sekolah yang sama.

Melodinya dicipta oleh Mildred sementara lirik asalnya ditulis oleh Patty, bertajuk “Good Morning To All.” Lagu “Good Morning To All” dicipta sebagai lagu kanak-kanak dan telah diterbtikan dalam koleksi “Song Stories of the Kindergarten” pada tahun 1893.

31 tahun kemudian, setelah Dr. Patty Smith Hill menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Taman Didikan Kanak-kanak di Kolej Guru Universiti Columbia, seorang lelaki bernama Robert H. Coleman telah menerbitkan lagu tersebut tanpa meminta kebenaran daripada kedua beradik tersebut.

Malah dia telah membuat versi baru dengan menukarkan lirik asalnya, “Good Morning to All”, kepada “Happy Birthday to You.”

Lagu versi Coleman dengan lirik baru telah menjadikan lagu tersebut popular dan sekaligus menenggelamkan versi pertama ciptaan adik-beradik Hill.

Setelah Mildred meninggal dunia pada 1916, Patty, bersama adiknya yang ketiga, bernama Jessica, mengambil tindakan mahkamah terhadap Coleman.

Kedua beradik ini telah berjaya membuktikan yang melodi lagu tersebut adalah milik mereka. Disebabkan lagu tersebut telah disahkan secara undang-undang milik keluarga Hill, ia berhak untuk diberikan royalti apabila dinyanyikan untuk tujuan komersil.

Hakcipta yang pertama terhadap lagu ini telah dikeluarkan pada 1935 (selepas tuntutan mahkamah oleh Patty dan Jessica).

Pada tahun 1988, Birch Tree Group, Ltd. telah menjual hak lagu tersebut kepada Warner Communications (bersama aset lainnya) dengan anggaran $25 juta.

Dalam tahun 80an, lagu “Happy Birthday to You” dipercayai telah mengumpulkan sekitar $1 juta dalam bentuk royalti tahunan.


Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Selasa, 16 Julai 2013

Info Kopi Luwak


Antara kopi istimewa di indonesia adalah Kopi Luwak yang diminati rakyat negara itu kerana rasa keunikannya . Ironinya , kopi itu dihasilkan daripada najis musang.

Sumber Dari Buku : 888 Fakta Pelik & Menarik

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Isnin, 15 Julai 2013

Info Tentang Bulan


Bulan adalah satu-satunya satelit semula jadi bagi bumi tetapi Zuhal memiliki kira-kira 23 satelit semula jadi . Permukaan bulan adalah kasar dan diliputi kawah gunung berapi dan gunung ganang.

Sumber : 888 fakta pelik & menarik

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Ahad, 14 Julai 2013

Info Serangga


Permaisuri anai-anai boleh hidup sehingga kira-kira 50 tahun dan melahirkan kira-kira 30,000 anak sehari.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail.

Sabtu, 13 Julai 2013

Info Buah Pisang & Epal


Menghidu bau pisang atau epal hijau dikatakan dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail.

Jumaat, 12 Julai 2013

Book Hunt For TSRC Junior Student


Kami menerima kunjungan yang tidak disangka-sangka dari TSRC Junior Student


TSRC Junior Student tengah memilih bahan bacaan



Mereka sedang mengadakan aktiviti Book Hunt For TSRC Junior Student.


Mencari buku menggunakan IPAC


Wah , seronoknya adik kita ni.


Encik Khairul Azwari memberikan penerangan kepada TSRC Junior Student tentang perkhidmatan Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail.



Lihat tu seronoknya adik-adik kita ni ke Perpustakaan 



Melawat ke bas Perpustakaan internet bergerak.

Terima kasih kerana sudi memilih Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail ini , dan diharap anda semua gembira dengan perkhidmatan yang disediakan.

Catatan ini disediakan oleh : FIRST LADY.

Jumpa Lagi.

Alamat :

Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail
Lot 31204 , Jalan Athinahapan ,
Taman Tun Dr Ismail ,
60000 Kuala Lumpur.

Tel - 03-77266310 / 03-77260624

Rabu, 10 Julai 2013

Waktu Perkhidmatan Di Bulan Ramadhan




Click pada imej untuk lebih jelas

Alamat :

Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail
Lot 31204 , Jalan Athinahapan ,
Taman Tun Dr Ismail ,
60000 Kuala Lumpur.

Tel - 03-77266310 / 03-77260624

Selasa, 9 Julai 2013

Info Tentang Kuku


Kuku jari tangan tumbuh  kira-kira 4 kali lebih cepat berbanding kuku jari kaki.

Disediakan Oleh : Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail

Isnin, 8 Julai 2013

Asal Usul Kentang Goreng



French Fries (Kentang Goreng) sebenarnya bukanlah dari negara French (Perancis) Sebaliknya dari Belgium

Sumber Dari Buku : 888 Fakta Pelik & Menarik

Call Number : 030/NAS

Barcode Buku : 39292004222227

Ahad, 7 Julai 2013

Judul Terkini Kanak-Kanak






















Lokasi Buku :

Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail
Lot 31204 , Jalan Athinahapan ,
Taman Tun Dr Ismail ,
60000 Kuala Lumpur.

Tel - 03-77266310 / 03-77260624