Papan Kenyataan

Selamat Datang Ke Blogspot Pkl Branch Libraries

.

Sabtu, 30 Mac 2013

Info Buku Elektronik


Apakah itu Buku Elektronik ?

Maksud buku elektronik atau dalam bahasa inggerisnya “electronik book” adalah kerana buku jenis ini hanya boleh dibaca menggunakan alatan elektronik seperti Laptop, PC, PDA, dll tetapi mestilah mempunyai perisian yang membolehkan ebook itu dibaca mengikut jenis format seperti adobe reader (PDF), Microsoft word, dll.

Perpustakaan Kuala Lumpur telah menawarkan perkhidmatan buku elektronik ini di bawah Pangkalan Data EBSCOHOST. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma kepada ahli-ahli perpustakaan sahaja. Perkhidmatan ini hanya boleh diakses DIDALAM PERPUSTAKAAN SAHAJA.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, 2 buah komputer telah disediakan di Bahagian Ekonomi dan Perniagaan, Tingkat 1, Perpustakaan Kuala Lumpur. Perkhidmatan ini diberikan diatas kapasiti " First Come First Serve".

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ebook?

Untuk mengakses perkhidmatan ini, setiap ahli perlu :

1. Log masuk ke Laman Web Perpustakaan Kuala Lumpur

2. Klik menu 'E-Book'

3. Klik link / logo EBSCOHOST di bahagian kiri laman.

4. Masukkan kata pengguna dan kata laluan.



User ID : KLLibrary1

Katalaluan: KLLibrary1

5. Log masuk ke e-book

6. Tuan/puan sudah boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan