Papan Kenyataan

Selamat Datang Ke Blogspot Pkl Branch Libraries

.

Jumaat, 5 April 2013

Pertanyaan Dikaunter Pendaftaran


1. Berapakah jumlah yuran yang perlu saya bayar untuk menjadi ahli perpustakaan?

- Kanak-Kanak RM 6.00 , Remaja & Dewasa RM 16.00 , Manakala Ahli Seumur Hidup RM 150.00

2. Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam dan tempoh masa pinjaman?

- 3 Buah Buku Sahaja Yang Boleh Di Pinjam Dalam Dua Minggu.

3. Apakah yang perlu saya lakukan untuk melanjutkan tempoh pinjaman?

- Lanjutan kali pertama boleh melalui telefon.Untuk kali kedua perlu datang ke perpustakaan.

4. Bagaimanakah cara berpakaian yang dibenarkan memasuki perpustakaan?

- Berpakaian sopan dan kemas. Tidak memakai pakaian yang jarang, ketat, singkat dan tanpa lengan.

5. Bagaimanakah untuk saya mendapatkan informasi tentang buku yang ingin dicari?

- Sila rujuk papan pengkelasan yang terdapat di perpustakaan ATAU Mengunakan terminal IPAC atau Sila rujuk kepada petugas di kaunter pinjaman dan rujukan.

6. Saya ingin meminjam buku dibahagian rujukan?

- Buku rujukan termasuk Koleksi Ulangkaji dan bahan rujukan yang lain tidak boleh dipinjam. Hanya boleh dibaca dalam perpustakaan sahaja.

7. Berapakah jumlah bayaran yang dikenakan untuk penggunaan internet?

- Tertakluk kepada perpustakaan, ia berbeza mengikut penyedia perkhidmatan Internet.

8. Adakah perkhidmatan mencetak(print) disediakan?

- Ada perpustakaan yang menyediakan dan ada yang tidak.

9. Adakah perkhidmatan wi-fi disediakan? 

- Sila Rujuk Di kaunter Peminjaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan