Pisang turunkan berat badan :
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Pisang begitu kaya dengan serat dan mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu glukosa, sukrosa dan fruktosa yang memberi pelbagai manfaat. Pisang sesuai dijadikan sebagai sumber tenaga, melancarkan sistem pencernaan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesihatan otak, menurunkan tekanan darah, menurunkan berat badan dan memelihara kesihatan mata.
Kandungan gula dalam pisang dengan mudah dapat dicerna dan diubah menjadi sumber tenaga sehingga amat baik untuk menghilangkan rasa lelah. Malah, kandungan karbohidrat sihat di dalam pisang membuatkan kita berasa cepat kenyang seterusnya menambah tenaga segera.
Bagi yang ingin berdiet, amalkan saja makan pisang. Memakan empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak setiap hari selama tiga hari seminggu membantu menurunkan berat badan. Kalorinya hanya 1250 dan menu ini sesuai dan cukup menyihatkan.
Sumber : Mingguan Wanita

Tiada ulasan:
Catat Ulasan