Papan Kenyataan

Selamat Datang Ke Blogspot Pkl Branch Libraries

.

Ahad, 7 Disember 2014

Perpustakaan Kuala Lumpur


Perpustakaan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1989 dan kini merupakan ibu pejabat bagi semua perkhidmatan perpustakaan yang diuruskan oleh DBKL. Perpustakaan Kuala Lumpur merupakan perpustakaan awam dan juga pusat maklumat rujukan bagi Kuala Lumpur terutamanya dari segi sejarah, perancangan, perkhidmatan, pentadbiran dan pembangunan.


Di samping menyediakan perkhidmatan pinjaman, rujukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa,Perpustakaan Kuala Lumpur juga menyediakan perkhidmatan audio-visual, multimedia dan Internet termasuk digital library yang semakin popular. Perkhidmatan baru ini adalah selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dalam pembangunan negara serta membantu masyarakat kota ke arah literasi teknologi maklumat.

Setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan perlu ditempah terlebih dahulu. Sila maklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab sekiranya anda memerlukan kemudahan khas atau kelengkapan-kelengkapan lain.

Waktu Perkhidmatan :

Isnin
2 : 00 ptg hingga 6:45ptg
Selasa - Jumaat
10 : 00 pg hingga 6:45ptg
Sabtu - Ahad
10 : 00 pg hingga 5.00ptg

Perkhidmatan ditutup pada:

Sabtu dan Ahad ( minggu pertama )
Cuti Umum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan