Papan Kenyataan

Selamat Datang Ke Blogspot Pkl Branch Libraries

.

Sabtu, 18 April 2015

Perpustakaan 1Wilayah Persekutuan


Kuala Lumpur - Lebih 20,000 penduduk sekitar kawasan Lembah Pantai akan mendapat faedah dengan pembukaan Perpustakaan 1Wilayah Persekutuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi di Pantai Dalam, di sini hari ini.

Perpustakaan itu merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).

Timbalan Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Ishak Mohamed berkata perpustakaan berkenaan menawarkan kira-kira 15,000 judul buku dalam pelbagai subjek untuk semua peringkat umur, makmal komputer, atrium dan kafeteria dalam bangunan dua tingkat itu.

"Perpustakaan ini juga menyediakan bilik untuk menjalankan mesyuarat, latihan dan kelas tutorial untuk faedah segala usaha pembangunan komuniti yang akan dijalankan," kata beliau di dalam ucapannya pada majlis perasmian perpustakaan itu oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Beliau berkata perpustakan itu merupakan cetusan idea bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk menaik taraf kemudahan awam di bandar raya ini.

Ishak berkata perpustakaan itu merupakan yang pertama seumpamanya dan dua lagi perpustakaan akan dibina di Taman Medan Idaman, Setapak dan Kampung Pandan.

"Kesemua (ketiga-tiga) perpustakaan ini bernilai RM30 juta," katanya.

Sumber : http://berita.rtm.gov.my/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan