Papan Kenyataan

Selamat Datang Ke Blogspot Pkl Branch Libraries

.

Khamis, 27 Februari 2014

Perpustakaan Kuala Lumpur



Seminar Sudut Lincoln Kuala Lumpur Bertajuk “Teknologi Perpustakaan abad ke-21”


Kira-kira 80 pustakawan di Kuala Lumpur telah menghadiri satu seminar yang bertajuk, “E-buku: Teknologi Perpustakaan Abad ke-21” yang disampaikan oleh Sue Polanka, Ketua Rujukan dari Wright State University (Dayton, Ohio) di Sudut Lincoln Kuala Lumpur pada 27 Februari. Polanka yang merupakan pengarang No Shelf Required dan blog dengan tajuk yang sama, telah menyampaikan topik penting yang mencorakkan perpustakaan Amerika pada abad ke-21: trend e-buku, kesannya terhadap perkhidmatan rujukan, bagaimana sebahagian ruang perpustakaan sebelum ini dipenuhi dengan buku-buku sedang diganti dengan pusat pembelajaran teknologi canggih, dan berkongsi kandungan elektronik di antara sekolah dan sistem perpustakaan di rantau, pembelian bahan perpustakaan berdasarkan permintaan pengguna, merapatkan jurang digital, dan pemasaran e-buku.

Dalam usahanya mempromosikan e-buku, Polanka berkata bahawa Tinjauan Perpustakaan Akademik Jabatan Pendidikan A.S. (1998-2008) mengganggarkan 80 peratus daripada belanjawan perpustakaan akan diperuntukkan untuk kandungan elektronik menjelang 2020. Sue menggalakkan pustakawan yang terlibat dalam rundingan dengan penerbit untuk berusaha keras melobi bagi mendapatkan lebih banyak akses kepada e-buku yang lebih terbuka. Beliau menekankan bahawa usaha tersebut berkesan apabila pihak perpustakaan bekerjasama dalam satu konsortium seperti yang dibuat oleh banyak perpustakaan universiti di A.S. Para pustakawan universiti yang hadir mendapati perkara ini dan maklumat mengenai pemerolehan JIT e-buku iaitu satu model yang berguna untuk pembelian yang kos efektif. Dalam model ini, Polanka berkata, perpustakaan membayar untuk transaksi hanya apabila pengguna mengklik untuk menggunakan e-buku atau bab terpilih.

Di samping itu, Sue berkata belanjawan perpustakaan perlu berhemah dan lebih banyak beralih ke arah pembelian majalah daripada buku, dan cabaran yang dihadapi adalah untuk memberikan keseimbangan tinjauan rakansebaya yang diterbitkan dalam bentuk cetakan dan elektronik untuk manfaat pelajar dan fakulti. Menurut Sue, cabaran-cabaran lain termasuk berurusan dengan keengganan atau penolakan oleh beberapa penerbit untuk akses yang dikongsi bersama.

Antara idea-idea penting yang dikemukakan oleh Sue termasuk peranan besar perpustakaan dalam era elektronik yang baru muncul untuk menggalakkan penulisan dan penerbitan, serta menggalakkan pertumbuhan ilmu pengetahuan dan pembelajaran dalam masyarakat.

Sumber Dari : 


http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/program_polanka_lckl-022712-bm.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan