Papan Kenyataan

Selamat Datang Ke Blogspot Pkl Branch Libraries

.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Perpustakaan Bandar Baru Sentul


Perasmian Clic Sentul Raya

Tarikh Perasmian : 21.08.2014 ( Khamis )


bagi memberi peluang kepada 5,400 penduduk keluarga dari perumahan awam di Sentul menikmati persekitaran pembelajaran dalam satu ekosistem terbaik, Sentul Raya Sdn. Bhd. (SRSB), Dewan Bandraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Pendidikan bakal menyediakan Pusat Pembelajaran Kreatif dan IT (CLiC)

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 21 Ogos 2014 (Khamis) di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Bandar Baru Sentul. Turut hadir Yang Berbahagia Datuk Hj. Mhd. Amin Nordin Abd Aziz, Ketua Pengarah DBKL dan Yang Berbahagia Datuk Normah Malik, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL.

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berhormat Datuk Dr. Loga berkata, seramai 25,000 pelajar dari 34 buah sekolah juga terpilih untuk mengambil bahagian menerusi program CLiC yang akan dibuka mulai bulan ini. “Kerjasama semua pihak ini dalam menggalakkan pembangunan yang mampan dan seimbang untuk pelajar sekolah adalah usaha yang amat baik kerana ia mengambil kira aspek pendidikan kepada pelajar pinggir kota,” katanya lagi.

Sumber :

http://www.dbkl.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=660:penduduk-dan-pelajar-sentul-bakal-nikmati-perkhidmatan-di-clic&catid=8&Itemid=161&lang=ms

Tiada ulasan:

Catat Ulasan