Papan Kenyataan

Selamat Datang Ke Blogspot Pkl Branch Libraries

.

Rabu, 8 Januari 2014

Peraturan Am Perpustakaan

Setiap ahli diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur. Berikut merupakan peraturan yang perlu dipatuhi :-

1. Ahli Perpustakaan Kuala Lumpur yang mendaftar dan sah keahlian sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan Perpustakaan.

2. Ahli dan pelawat adalah dilarang makan, minum, merokok dan tidur di dalam Perpustakaan.

3. Ahli dan pelawat dilarang membawa masuk makanan dan minuman di dalam Perpustakaan.

4. Ahli dan pelawat adalah dilarang dari mengoyak, menconteng atau mengotorkan bahan bacaan ataupun perabot milik Perpustakaan.

5. Ahli dan pelawat tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman pengguna lain.

6. Ahli dan pelawat adalah dilarang mengambil gambar di dalam Perpustakaan tanpa mendapat kebenaran pihak pengurusan Perpustakaan.

7. Ahli dan pelawat adalah dilarang mengalih dan mengubah susunatur perabot dan peralatan di dalam Perpustakaan.

8. Bahan-bahan Rujukan di tingkat 2 adalah dilarang dibawa turun atau sebaliknya oleh ahli atau pelawat melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertugas.

9. Ahli dan pelawat adalah dilarang membawa masuk beg (melainkan beg tangan sahaja), payung, bungkusan, topi keledar, pisau, gunting dan benda-benda tajam. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut ada disediakan di lobi. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan harta benda tersebut. Dengan itu, sebarang kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab sendiri.

10. Perbincangan kumpulan, pertelingkahan atau mesyuarat yang menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain adalah dilarang.

11. Ahli dan pelawat adalah dilarang masuk ke tempat yang dilarang atau yang bernotis “Untuk Kakitangan Sahaja” melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertugas.

12. Pengumuman akan dibuat 15 minit sebelum masa tutup dan semua ahli dan pelawat dikehendaki meninggalkan Perpustakaan.

13. Ahli dan pelawat adalah dilarang membawa masuk kamera, perakam video/kaset dan telefon bimbit (kecuali dimatikan).

14. Pihak Perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di Perpustakaan. Keselamatan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibu/bapa/penjaga kanak-kanak tersebut.

15. Pegawai yang bertugas berhak mengarahkan ahli atau pelawat meninggalkan Perpustakaan jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan