Papan Kenyataan

Selamat Datang Ke Blogspot Pkl Branch Libraries

.

Khamis, 9 Januari 2014

Permohonan Keahlian

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan warganegara asing (untuk pemohon yang sedang belajar dan bermastautin tetap di Malaysia).

2. Borang keahlian baru disediakan di Kaunter Lobi.

3. Memastikan borang permohonan keahlian lengkap diisi sebelum didaftarkan ke dalam Sistem Perpustakaan.

4. Pemohon mestilah menyertakan salinan :-

(i) Kad Pengenalan (Dewasa).
(ii) Surat Beranak/Mykid (Kanak-Kanak).
(iii) Pas Pekerja atau surat pengesahan daripada Jabatan (Pengawai dan Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
(iv) Salinan Kad Pelajar (untuk pelajar universiti tempatan sahaja).
(v) Salinan Pasport (Warganegara Asing).

  * Setiap salinan perkara di atas akan di cop sebagai kegunaan Perpustakaan Kuala Lumpur.

5. Pemohon dikehendaki membayar yuran keahlian mengikut kategori yang telah ditetapkan

6. Pengurusan Tertinggi, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah percuma.

7. Borang permohonan yang telah dilengkapkan akan diserahkan kepada Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan pengesahan dan kelulusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan